TAMAN REKREASI BAHARU BERKONSEP ‘KEHIJAUAN’ DI BUKIT BERUANG

Ayer Keroh – Sebuah taman rekreasi baharu akan dibangunkan di Taman Kerjasama Bukit Beruang bagi memberi lebih keselesaan kepada komuniti setempat untuk beriadah.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata, kerja-kerja membina taman rekreasi tersebut bermula 21 November yang lalu dan dijangka siap pada Mac 2025.

“Konsep reka bentuk pada peringkat awal pembinaan adalah ‘verdepath verde’ (kehijauan dalam bahasa sepanyol) dan path (laluan).

“Antara kemudahan disediakan seperti laluan pejalan kaki, gelangang serbaguna, alatan permainan kanak-kanak dan juga alatan senaman.

“Sudah tentu taman rekreasi ini dapat menarik lebih ramai ahli keluarga beriadah pada hujung minggu khususnya penduduk setempat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Sapiah, MPHTJ sebagai pegawai penguasa projek akan melakukan pemantauan secara berkala bersama pemimpin setempat.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan di Taman Kerjasama Bukit Beruang bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee bagi membincangkan tentang pembinaan taman rekreasi tersebut.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …