NADMA SIAP SEDIA HADAPI GELOMBANG KEDUA BANJIR

Meskipun keadaan banjir di beberapa negeri menunjukkan penurunan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tetap bersedia menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025.

Ketua Pengarah Nadma, Datuk Khairul Shahril Idrus, menyatakan pihaknya telah membuat persiapan untuk menghadapi situasi tersebut dengan ramalan hujan berterusan di timur Semenanjung antara 8 hingga 14 Disember.

Jumlah mangsa banjir di seluruh negara kini mencatatkan penurunan, dengan 94,619 mangsa dari 28,385 keluarga masih berada di 406 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 58,145 orang dari 18,340 keluarga yang masih berlindung di 168 PPS.

Khairul juga memaklumkan bahawa mangsa yang rumahnya musnah akan ditempatkan di PPS, sementara mereka yang rumahnya masih selamat boleh kembali setelah keadaan stabil.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

LALUAN PLAZA TOL SIMPANG AMPAT DINAIK TARAF KEPADA EMPAT LORONG

Durian Tunggal – Jalan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning akan dinaik taraf kepada …

OPERASI HARIAN & RONDAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …

JENIS TAHI TELINGA MAIN PERANAN BAU BADAN?

Setiap individu mempunyai bau badan yang tersendiri. Kebiasaannya, bau yang datang dari anggota badan bermula daripada peluh. Perkara ini akan …