AKTIVITI SUKAN MAMPU PERKUKUH HUBUNGAN, BUKA RUANG PERKONGSIAN IDEA

RASMI: Joachim (kiri) menyempurnakan perasmian jambatan gantung baharu Kampung Lobou Timbua.

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam memberikan sokongan penuh terhadap usaha belia dan beliawanis dalam menganjurkan aktiviti sukan yang mampu mengeratkan silaturrahim dalam kalangan mereka.

Beliau menekankan kepentingan meneruskan aktiviti seperti ini bagi memperkukuh hubungan antara belia serta membuka ruang untuk berkongsi idea dan pandangan.

Joachim menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan Pertandingan Bola Tampar  peringkat Daerah Ranau yang diadakan di Gelanggang Bola Tampar Kampung Lobou Timbua baru-baru ini.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Penganjur, Rienddy Wadin, serta semua pihak yang berusaha menjayakan acara terbabit.

Sebanyak 14 pasukan belia dan beliawanis dari daerah ini mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Sementara itu, Penaung dan Penasihat Kelab Anak Muda, Sharin Mujin mengucapkan terima kasih kepada Joachim dengan sumbangan yang diberikan dalam pertandingan ini.

Beliau juga berharap belia dan beliawanis di daerah ini memperoleh manfaat daripada  peruntukan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini selain tidak lagi perlu berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan.

Pada majlis sama, Joachim turut merasmikan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Tertutup bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan merasmikan jambatan gantung baharu di Kampung Lobou Timbua.

Pengerusi penganjur kejohanan, Hapsin Maimin sempat menyampaikan penghargaan kepada Joachim yang menyumbangkan piala untuk pertandingan ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah isteri Joachim, Datin Seri Linda Ewit, Setiausaha Politik Yubidi Gompoyo, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kundasang Dounis Sani serta beberapa pemimpin tempatan lain.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …