AKTIVITI SUKAN MAMPU PERKUKUH HUBUNGAN, BUKA RUANG PERKONGSIAN IDEA

RASMI: Joachim (kiri) menyempurnakan perasmian jambatan gantung baharu Kampung Lobou Timbua.

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam memberikan sokongan penuh terhadap usaha belia dan beliawanis dalam menganjurkan aktiviti sukan yang mampu mengeratkan silaturrahim dalam kalangan mereka.

Beliau menekankan kepentingan meneruskan aktiviti seperti ini bagi memperkukuh hubungan antara belia serta membuka ruang untuk berkongsi idea dan pandangan.

Joachim menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan Pertandingan Bola TamparΒ  peringkat Daerah Ranau yang diadakan di Gelanggang Bola Tampar Kampung Lobou Timbua baru-baru ini.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Penganjur, Rienddy Wadin, serta semua pihak yang berusaha menjayakan acara terbabit.

Sebanyak 14 pasukan belia dan beliawanis dari daerah ini mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Sementara itu, Penaung dan Penasihat Kelab Anak Muda, Sharin Mujin mengucapkan terima kasih kepada Joachim dengan sumbangan yang diberikan dalam pertandingan ini.

Beliau juga berharap belia dan beliawanis di daerah ini memperoleh manfaat daripadaΒ  peruntukan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini selain tidak lagi perlu berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan.

Pada majlis sama, Joachim turut merasmikan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Tertutup bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan merasmikan jambatan gantung baharu di Kampung Lobou Timbua.

Pengerusi penganjur kejohanan, Hapsin Maimin sempat menyampaikan penghargaan kepada Joachim yang menyumbangkan piala untuk pertandingan ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah isteri Joachim, Datin Seri Linda Ewit, Setiausaha Politik Yubidi Gompoyo, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kundasang Dounis Sani serta beberapa pemimpin tempatan lain.

Β 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

Β 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut