DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Pulau Pinang telah mengadakan taklimat “Jenayah Siber dan Scammer” di Kilang Broadcom, Batu Kawan. Program yang dihadiri seramai 150 peserta ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ancaman jenayah siber.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang jenayah siber seperti love scam, Macau scam, serangan ransomware, dan pencerobohan data. Peserta juga dibimbing tentang langkah-langkah melindungi diri, termasuk mengenal pasti penipuan, menjaga maklumat peribadi, serta melaporkan jenayah kepada saluran rasmi seperti Cyber999 dan talian Anti-Scam (997).
Sumber : IPD Seberang Perai SelatanΒ https://www.facebook.com/hea.ipdsps