𝗠𝗔𝗧 π—₯π—˜π— π—£π—œπ—§ π—§π—˜π—₯𝗨𝗦 π——π—œπ—šπ—˜π— π—£π—¨π—₯

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD SPT bersama JSPT IPK Pulau Pinang, EMPV Bukit Aman dibantu agensi Polis Bantuan Plus dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan operasi di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kawasan Samagagah Daerah Seberang Perai Tengah.

Di dalam operasi ini, pihak Trafik telah mengesan beberapa kumpulan remaja bermotosikal dan berkereta sedang berkumpul di tepi Lebuhraya Utara Selatan untuk menyaksikan aksi penunggang motosikal yang sedang berlumba bersaing sesama sendiri. Aktiviti ini sering berlaku pada cuti hujung minggu menyebabkan kegusaran kepada pengguna lebuhraya. Kebanyakan ‘Mat Rempit’ ini berlumba dengan kelajuan yang tinggi, menunggang secara melawan arus, melakukan aksi ala superman, menunggang secara zig zag serta membuat bunyi bising melalui ekzos kenderaan yang telah diubahsuai yang boleh membahayakan diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Sebanyak 536 buah motosikal telah diperiksa, 316 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 92 buah motosikal turut disita. Dalam operasi ini juga seramai 17 orang telah ditangkap di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : IPD Seberang Perai TengahΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=100064590470520

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut