Kerajaan Negeri Kelantan akan membentangkan Rang Undang-undang Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang baharu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Penambahbaikan perundangan kawalan hiburan telah dibuat melalui Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal.
Selain itu, peraturan-peraturan hiburan yang lebih komprehensif juga sedang digubal untuk menambahbaik perundangan sedia ada.
Larangan hiburan pada malam Jumaat, yang telah digazetkan sejak 1957, masih dipatuhi dengan ketat, termasuk larangan pada malam Maulidur Rasul, Nisfu Syaaban dan sepanjang Ramadan.
Sekiranya terdapat pelanggaran terhadap peraturan ini, pihak yang terlibat boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara selama tiga tahun mengikut Enakmen Kawalan Hiburan 1998.
Sumber: Harian Metro