LIMA TERMASUK DUA WANITA DISYAKI PENAGIH DITAHAN BERSAMA SYABU

SYABU: Lima individu ditahan di sebuah rumah yang dijadikan sarang dadah.

TAWAU: Lima individu termasuk dua wanita ditahan ketika leka menghisap dadah dalam satu serbuan di taman perumahan Jalan Utara Baru, di sini, pada Rabu.

Semua suspek berusia lingkungan 32 hingga 48 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Tawau kira-kira jam 7.15 malam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat risikan sebelum tindakan serbuan dilakukan.

Katanya, hasil maklumat risikan, dipercayai beberapa individu dewasa sedang melakukan jenayah berkaitan dadah di dalam sebuah rumah yang dikenal pasti sarang penagih dadah.

Menurutnya, ketika serbuan dibuat, didapati tiga lelaki dan dua wanita disyaki terlibat penagih dadah berada di dalam rumah berkenaan.

“Pemeriksaan badan semua suspek, tidak menemukan apa-apa barang terlanggar namun anggota bertugas menemukan dua paket plastik jernih berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Turut ditemukan bersama peralatan menghisap syabu diletakkan di atas meja berhampiran tempat semua suspek berkumpul,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Jasmin berkata, semua suspek kemudian dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952

“Semakan rekod jenayah lampau juga mendapati semua suspek pernah disabitkan dengan pelbagai jenis kesalahan termasuk rekod jenayah dadah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut