MEDIA BANTU SEBARKAN FUNGSI, PERANAN APM

Ayer Keroh – Peranan media menjadi platform penting dalam menyebarkan fungsi dan tugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bukan sahaja meliputi operasi penyelamatan malah turut memberi latihan keselamatan dan pertahanan awam kepada masyarakat.

Ketua Pengarah APM Negeri Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata komitmen dan profesionalisme ditunjukkan pengamal media dalam memberikan liputan serta laporan terhadap agensi berkenaan turut memberi manfaat kepada masyarakat yang sesetengah mereka tidak tahu tugas dan tanggungjawab APM.

Katanya, selama ini masih ramai yang tidak tahu peranan sebenar APM berikutan hanya melibatkan agensi itu dengan operasi penyelamatan seperti memusnahkan sarang tebuan atau menyelamat mangsa ketika musim banjir.

“Namun, hakikatnya peranan dan fungsi dimainkan oleh APM sangat besar demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat di negara ini.

“Selain melatih seramai mungkin rakyat dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam semasa aman, APM juga berperanan melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, harta benda sekiranya berlaku bencana.

“Terima kasih kepada pihak media yang sentiasa membantu kami dalam menyampaikan peranan- peranan tersebut kepada orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Bersama Media dan Kontinjen Himputan Pertahanan Awam (HiPA) APM Negeri Melaka Tahun 2024 di Dewan Serbaguna Kompleks Dalam Negeri (KDN), di sini.

Pada program berkenaan, Kamarulsyah menyampaikan sijil penghargaan kepada 13 agensi media termasuk Melaka Hari Ini.

Turut diadakan, majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Kadet Sekolah Pertahanan Awam Malaysia (Kaspa) kepada sekolah-sekolah di negeri Melaka selain penyampaian sijil penyertaan kepada peserta HiPA Peringkat Zon Selatan 2024.

.Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut