NILAI 3 TIADA PELANGGAN: KERAJAAN NEGERI GIAT RANCANG PEMBANGUNAN

Kerajaan Negeri Sembilan giat merancang pembangunan di daerah ini dengan memberi nafas baharu sekali gus menaikkan kembali reputasi Pusat Perniagaan Nilai 3 di sini. Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar, ia turut bermatlamat menjadikan Nilai sebagai salah satu destinasi pelancongan.

Kawasan ini bakal dijadikan sebagai lokasi wajib dikunjungi menerusi pelbagai perancangan yang lebih tersusun. Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah melaksanakan penambahbaikkan kemudahan asas seperti jalan raya, lampu jalan, longkang, tandas, dan lain-lain infrastruktur di kawasan berkenaan semuanya sudah kita baiki bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, rata-rata peniaga di Pusat Perniagaan Nilai 3 mendakwa premis perniagaan mereka lengang sehingga menjejaskan pendapatan sebanyak 50 peratus. Pusat perniagaan yang pernah menjadi tumpuan ramai sebelum 2019 itu dilihat seolah-olah seperti sebuah pekan mati. Suasananya dikatakan tidak ubah seperti ketika negara dilanda Covid-19 sekitar lima tahun lalu.

Dalam pada itu, terbaru MBS, pemaju dan peniaga Nilai 3 telah merancang untuk membina satu mini ‘Great Wall’ di Nilai 3 bagi memberi nilai tambah produk pelancongan di kawasan tersebut. Ia secara tidak langsung dapat menjadikan Nilai 3 sebagai simbol pembangunan moden yang memperkukuh identiti Nilai sebagai destinasi pelancongan. ย Inisiatif seperti ini menggambarkan bahawa usaha berterusan kerajaan negeri untuk memperkasa daya tarikan Negeri Sembilan di mata pelancong dalam dan luar negara.

Sumber:ย Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut