ZIARAH KASIH JADI RUTIN DI TABOH NANING

Taboh Naning – Program Ziarah Kasih Dan Santunan Masyarakat yang diadakan secara berterusan memberi peluang kepada pemimpin masyarakat dan agensi berkaitan mendalami kesusahan dihadapi masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, kesempatan yang ada untuk berkunjung ke rumah penduduk adalah waktu terbaik untuk bertanya khabar dan mendekati permasalahan rakyat.

Katanya, di Japerun Taboh Naning khususnya, pihaknya amat menghargai kerjasama yang amat komited dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Untuk hari ini, kita bukan sahaja berpeluang menyantuni penduduk dan menziarahi 10 rumah asnaf tetapi juga berjaya menyelesaikan beberapa kes yang berbangkit seperti bantuan bulanan.

“Di Japerun Taboh Naning, kita selalu mendapat kerjasama yang amat baik dari MAIM dalam membantu menyalurkan bantuan kepada asnaf dan penduduk yang memerlukan,” katanya.

Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, berkata demikian ketika ditemui selepas Program Ziarah Kasih Dan Santunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning Tahun 2024, semalam.

Hadir sama, Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad dan Pegawai Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Menurut Zulkiflee, sesi ziarah kasih tidak sepatutnya berakhir dengan hanya sekali lawatan sahaja sebaliknya perlu disusuli dengan siri kunjungan lain.

“Di DUN Taboh Naning, ziarah kasih sudah menjadi rutin untuk kita menyantuni penduduk yang mengalami kesulitan malah saya sendiri suka memantau keadaan penduduk dari semasa ke semasa.

“Senang kata, kita tidak hanya melawat sekali sahaja tetapi kerap ini bagi memastikan mereka yang berdepan kesusahan atau mengalami masalah betul-betul dibantu atau mendapat bantuan sewajarnya sekali gus meringankan beban ditanggung,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut