KERUGIAN JENAYAH KOMERSIAL MENINGKAT 306 PERATUS

JAUTEH 

KOTA KINABALU: Kes jenayah komersial di Sabah merekodkan peningkatan kerugian kepada mangsa sehingga 306 peratus bersamaan RM256.1 juta dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, nilai kerugian itu adalah yang tertinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Peningkatan itu membabitkan sebanyak 2,260 kes direkodkan berbanding tempoh yang sama tahun lalu yang mencatatkan hanya 1,962 kes.

“Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.19 peratus kes jenayah komersial bagi tahun ini berbanding 2023,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

Jauteh berkata, antara kes yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah kes jenayah siber membabitkan penipuan dalam talian.

“Antaranya kategori penipuan itu ialah telekomunikasi (phone scam) iaitu sebanyak 638 kes dan 485 kes membabitkan kes pembelian atas talian,” katanya.

Jauteh berkata, pihaknya amat komited dalam menjalankan kempen kesedaran jenayah komersial secara bersemuka mahupun melalui media sosial secara berterusan.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih cakna dan mengambil tahu trend semasa jenayah komersial bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

“Justeru, orang ramai dinasihat supaya tidak mudah terpedaya dengan apa-apa tawaran yang tidak pasti dan meragukan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut