JKPD KOMITED BANTU BEKAS PENAGIH BINA KEHIDUPAN BAHARU

Klebang – Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) terus komited untuk memainkan peranan dalam membantu penagih kembali pulih sepenuhnya dan memulakan kehidupan baharu.

Ahli JKPD Daerah Alor Gajah, Zaidi Omar berkata, JKPD amat optimis membantu golongan berkenaan termasuklah menyediakan latihan khas tanaman melon menerusi Latihan Khas Melon To Million 2024 Kerajaan Negeri Melaka.

Katanya, menerusi latihan disediakan jumlah penagih berulang dapat dikurangkan selain memastikan mereka dapat mengintegrasikan diri kembali ke pangkuan masyarakat.

“Seperti program ini ia asalnya untuk rakyat Melaka tetapi kita mohon diberikan peluang kepada klien pemulihan seliaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk menimba ilmu serta pengalaman.

“Seramai 33 klien melepasi tapisan dibuat dipilih untuk menyertai latihan khas ini dan daripada jumlah itu kita masukkan sekali 10 peratus orang biasa.

“Tujuannya adalah untuk kita memberi peluang dan ruang kepada klien bercampur dengan masyarakat, sekali gus menepis stigma mengatakan mereka terjebak dengan dadah tidak boleh bekerja,” katanya.

Zaidi berkat demikian ketika ditemui ketika melawat Klien Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) mengikuti Latihan Khas Melon To Million 2024 Kerajaan Negeri Melaka di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Pulau Gadong, semalam.

Menurutnya, klien terpilih akan mengikuti latihan khas tanaman melon selama 12 hingga 14 minggu iaitu sehingga tanaman diusahakan selesai dituai.

“Klien-klien ini kita juga hantar untuk mengikuti kursus di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran dan ilmu tambahan sepanjang mengusahakan tanaman melon ini.

“Peserta ini bertuah kerana, sepanjang tempoh latihan mereka turut diberikan elaun bulanan. Meskipun baru 10 hari bermula kita lihat perkembangan positif apabila masing-masing memberikan komitmen,” katanya.

Jelasnya, sekiranya siri pertama latihan ini berjaya dan menunjukkan pencapaian positif, pihak JKPD bercadang untuk memperluaskan lagi latihan itu.

“Sebenarnya antara masalah utama yang sering diutarakan oleh klien adalah kesukaran mendapatkan pekerjaan, tidak ramai mahu menggaji mereka.

“Jadi pengetahuan diperoleh hasil latihan ini boleh digunakan untuk menjalankan perusahaan sendiri, sekali gus membuktikan kepada masyarakat mereka juga boleh berjaya,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut