PM HARAP PEMBANGUNAN KAMPUNG CHENGAL LEMPONG BAWA MANFAAT KEPADA MASYARAKAT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap segala perancangan pembangunan bagi Kampung Chengal Lempong di Kuantan, Pahang melalui peruntukan yang diluluskan akan membawa perubahan positif dan manfaat berterusan kepada masyarakat setempat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, Setiausaha Politiknya , Datuk Ahmad Farhan Fauzi sempat mewakili beliau bagi menyantuni masyarakat kampung berkenaan di Balairaya Chengal Lempong, hari ini.

“Kesempatan ini digunakan dengan turut melihat sekitar kawasan kampung yang bakal menikmati pembangunan hasil peruntukan sebanyak RM2.5 juta, yang saya telah luluskan antaranya bagi memperkasa komuniti setempat, dengan memberi fokus kepada infrastruktur, pendidikan dan kebajikan penduduk,” katanya.

Anwar berkata antara yang bakal dibangunkan dan sedang dibina adalah gelanggang futsal bertutup dan bangunan serba guna Chengal Lempong.

Pada 6 Julai lalu, Kampung Chengal Lempong dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI Peringkat Kebangsaan 2024.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut