JKM PAHANG TERIMA RM10 JUTA HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang menerima peruntukan sebanyak RM10 juta daripada kerajaan Pahang bagi perbelanjaan pengurusan menghadapi bencana Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah JKM Pahang, Khairul Amri Ahmad, berkata bantuan berkenaan membabitkan penyediaan dan penyelenggaraan pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa bencana bagi memastikan keselesaan sepanjang mereka berada di sana.

Selain itu, katanya bantuan turut membabitkan penyediaan dan mengedar bantuan makanan, pakaian serta lain-lain keperluan asas kepada mangsa yang terpaksa berpindah selepas rumah mereka ditenggelami banjir.

Menurutnya, tumpuan turut diberikan pada proses pendaftaran mangsa bencana bagi tujuan pemulihan selain memberi bimbingan, nasihat termasuk kaunseling kepada mangsa bencana terutama bagi mereka yang kehilangan harta benda hingga menyebabkan kerugian besar.

“Tahun ini jabatan menyediakan sebanyak 858 PPS seluruh negeri ini yang mampu menampung seramai 166,295 mangsa bencana dalam satu masa yang dilengkapi pelbagai kemudahan bagi keselesaan mereka.

“Selain dewan serbaguna dan sekolah, turut dijadikan PPS ialah balai raya dan surau dengan setiap PPS mampu menempatkan antara 200 hingga 2,000 mangsa pada satu-satu masa,” katanya, dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, setiap mangsa banjir dibekalkan barangan makanan dan keperluan lain seperti selimut, kain, tuala, tikar, makanan sedia, lampin pakai buang dan sabun.

Khairul Amri berkata, jabatan juga telah menyediakan sebanyak 164 pangkalan hadapan bagi menempatkan barang-barang makanan kering seperti beras, minyak masak, gula, garam, kopi, teh, kari ayam, sardin dan biskut.

Katanya, pihaknya telah selesai menghantar barangan keperluan asas bencana seperti toto, selimut, tikar, tuala, kit kebersihan, kain batik, kain pelikat, makanan sedia dimakan, lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa ke semua stor bencana daerah pada Ogos lalu bagi persiapan menghadapi bencana banjir.

Menurutnya jabatan berharap mereka yang tinggal di kawasan rendah dan mudah berlaku banjir segera berpindah jika diarahkan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian buruk. Mereka yang terbabit perlu berpindah pada waktu siang bagi memudahkan pihak berkuasa menyediakan kemudahan diperlukan seperti bot dan kenderaan.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut