KANAK-KANAK MAUT DISERANG ANJING LIAR

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut diserang sekumpulan anjing liar di Kampung Sungai Tohok, di sini, semalam.

Mangsa warga tempatan ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan berlumuran darah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa.

Seterusnya mangsa dikejarkan ke Hospital Semporna namun dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, pihaknya terkesan dengan satu video tular di media sosial berdurasi lapan saat memaparkan kanak-kanak terbaring dan berlumuran darah serta terdapat kesan gigitan.

“Berkaitan kejadian itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna menerima laporan pada jam 10.33 pagi dan membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut semalam.

“Dalam kejadian itu, mangsa maut akibat diserang oleh anjing liar di kawasan kampung berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, bedah siasat telah dijalankan pada Isnin di Jabatan Forensik Hospital Besar Tawau.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam untuk tidak menyebarkan video bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

“IPD Semporna akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi anjing liar bagi menjamin keselamatan masyarakat setempat,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …