PROGRAM (CBSM) SISWA INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATANMALAYSIA (ILKKM) KOTA KINABALU BERSAMA MKN SABAH

Bukit Padang, Kota Kinabalu: Pihak MKN Sabah dengan kerjasama pengurusan ILKKM Kota Kinabalu telah menganjurkan Program CBSM Siswa Bersama MKN Sabah dengan penglibatan hampir 160 orang yang meliputi pelbagai bidang pengajian.

Fokus dan tumpuan program ini diberikan kepada golongan siswa yang terdiri daripada golongan belia yang merupakan lapisan masyarakat yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan dan bakal penjawat awam. Penekanan konsep berkaitan keselamatan diharap dapat diterapkan di dalam jiwa belia dalam menghadapi era globalisasi yang semakin mencabar dan menjiwai semangat Malaysia Madani sebagai penjawat awam kelak.

Pengisian program dimulakan dengan Bicara Santai DKN yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Saiful Bahari bin Ag. Abd. Rahman, Penolong Pengarah Seksyen Khidmat Pengurusan, MKN Sabah. Seterusnya sesi interaktif bersama siswa diisi dengan aktiviti Ice Breaking, permainan Radio Rosak, Latihan Dalam Kumpulan (Menara Bendera dan Content Creation) dan Kuiz Kahoot.

Kemuncak program adalah pembentangan kumpulan melalui aktiviti Video Pendek : Content Creation. Sebanyak Lima (5) pembentangan daripada sepuluh (10) buah kumpulan telah membentangkan hasil kreativiti video masing-masing dan telah mendapat ulasan dan komen panel yang terdiri daripada Encik Yakub Bin Temin (Penolong Pengarah MKN Sabah dan Encik Mohd Saiful Bahari bin Ag. Abd. Rahman (Penolong Pengarah MKN Sabah). Hadiah turut diberikan kepada pemenang setiap aktiviti sebagai dorongan dan galakan kepada para peserta.

Ucapan perasmian dan penutup yang disempurnakan oleh Encik Badrie Bin Abd. Rahim, Timbalan Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah. Turut hadir Encik Nawi Bin Bair, Pengarah ILKKM KK, Puan Yeoh Muh Tyng, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelatih ILKKM KK.

Penganjuran program ini dilihat telah mencapai objektif yang disasarkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak pengurusan ILKKM Kota Kinabalu dan semua siswa terlibat yang telah merealisasikan serta menjayakan program ini.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

Β Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna β€” simbol cinta & bangga pada tanah air tercintaΒ  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut