KPDN KELANTAN LAKSANA PELAN KONTIGENSI BANJIR

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah melantik 60 pemborong utama dan 140 peruncit terpilih di seluruh negeri sebagai langkah persediaan menghadapi Monsun Timur Laut tahun ini.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, menjelaskan bahawa ini adalah sebahagian daripada pelan kontingensi banjir yang melibatkan tiga fasa: sebelum, semasa dan selepas bencana.

Pelantikan ini bertujuan memastikan bekalan makanan asas mencukupi dan mudah diperoleh pada harga yang ditetapkan.

Pemborong dan peruncit yang dilantik diharapkan dapat menambah bekalan barang kawalan melebihi 30% dari had simpanan yang dibenarkan semasa bencana.

KPDN juga berjanji untuk mengawal harga barang dan memastikan bekalan sentiasa tersedia agar pengguna tidak perlu resah.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut