KES TUNTUTAN PAKEJ UMRAH, HAJI PALING TINGGI DI TERENGGANU

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Terengganu merekodkan sebanyak 157 kes pemfailan tuntutan pengguna bernilai RM2.04 juta. Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia, berkata ia membabitkan kes pemfailan bermula Januari hingga 20 Oktober lalu.

Kes tuntutan melibatkan pakej umrah atau haji dengan mencatatkan tuntutan tertinggi iaitu sebanyak 60 kes dengan nilai tuntutan kira-kira RM1.1 juta diikuti 14 kes barang kemas (RM130,000) dan 12 kes pembinaan rumah membabitkan tuntutan bernilai RM415,000.

Kes yang melibatkan pakej umrah atau haji, pengguna tertipu apabila pakej yang ditawarkan terlalu murah dengan tawaran yang adakalanya tidak masuk akal dan tidak munasabah. Selain itu, kes pemfailan lain yang diterima adalah membabitkan kes pakaian, pelaburan, bengkel kereta, alat ganti kenderaan, telefon dan barangan elektrik.

Tahap kesedaran pengguna juga semakin tinggi dan mula cakna tentang platform yang disediakan kerajaan dalam memastikan hak mereka sebagai pengguna terpelihara dan terbela. Seterusnyak untuk rekod, sebanyak 156 kes pemfailan diterima pada 2023 (nilai tuntutan kira-kira RM2 juta), 130 kes pada 2022, 94 kes pada 2021 dan 90 kes pada 2020 yang mana bilangan kes pemfailan tuntutan menunjukkan peningkatan setiap tahun.

TTPM adalah platform alternatif kepada Mahkamah Sivil untuk pengguna membuat tuntutan tebus rugi berkenaan dengan pembelian barang atau memperoleh perkhidmatan secara mudah, kos efektif dan murah serendah RM5 sahaja bagi setiap pemfailan tuntutan.

Pengguna juga boleh memfailkan tuntutan secara dalam talian melalui sistem e-Tribunal di laman sesawang https://ttpm.kpdn.gov.my.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut