DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan dengan fokus utama kepada Kenderaan Perkhidmatan Barangan ( KPB ) dan juga Kenderaan Perkhidmatan Awam ( KPA ).
Penguatkuasaan ini diadakan bertujuan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan ini mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ( Akta 333 ) dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010. ( Akta 715 ) serta memastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan di jalanraya. Penguatkuasaan diadakan secara Sekatan Jalan Raya ( SJR ) dan juga rondaan di lebuhraya, jalan utama perseketuan dan negeri.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang