MARITIM TERENGGANU TAHAN BOT PENUMPANG BAWA PELANCONG TANPA LESEN

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu menahan sebuah bot penumpang tiada nombor pendaftaran yang beroperasi tanpa lesen di sekitar perairan Pulau Perhentian pada 20 Oktober lepas. Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd Majid, penahanan itu dibuat pada kedudukan sekitar 11 batu nautika timur laut dari Muara Kuala Besut, di pada jam 11 pagi.

Bot penumpang tersebut telah ditahan oleh bot peronda Maritim Negeri Terengganu dalam satu siri Op Iman yang dilaksanakan di sekitar perairan Pulau Perhentian. Ketika pemeriksaan, bot itu sedang membawa lapan orang pelancong luar negara dari Pulau Perhentian menuju ke Pulau Rawa bagi menjalankan aktiviti pelancongan.

Tambahan lagi, kesalahan yang dilakukan adalah serius di mana pengabaian aspek keselamatan berlaku bukan sahaja terhadap operator bot malah turut membabitkan penumpang yang dibawa.

Selain itu, bot bersama operator ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu membawa penumpang tanpa lesen yang sah serta insurans tamat tempoh.

Oleh itu, dinasihatkan kepada pengusaha-pengusaha bot yang membawa penumpang atau pelancong di laut supaya mematuhi undang-undang serta peraturan telah dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Seterusnya, orang ramai serta komuniti maritim diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti kesalahan di laut.

Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 013-7464357 yang beroperasi 24 jam.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut