Teater “Tok Janggut 13 Liang” akan dipentaskan di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kubang Kerian, Kelantan selama dua hari mulai 18 Oktober.
Ia merupakan kerjasama strategik Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur.
Pementasan ini bertujuan untuk mengangkat karya agung mengenai tokoh perjuangan tempatan, HAJI MAT HASSAN BIN PANGLIMA MAT MUNAS atau lebih dikenali sebagai TOK JANGGUT yang melawan penjajahan Inggeris pada awal 1900-an.
Pementasan ini dijayakan oleh barisan pelakon lelaki sahaja selain akan menampilkan gabungan elemen tradisi seperti silat dan wayang kulit, serta pelakon popular seperti Datoβ Hilal Azman dan Hasnul Rahmat, di bawah arahan Jihan Meghaa Ismail.
Sumber: Sinar Harian; JKKN Kelantan, Bernama