PENAGIH WARGA ASING BAWA SYABU BERJAYA DITAHAN

TANGKAP: Suspek berjaya ditangkap selepas cuba melarikan diri daripada polis.

TAWAU: Seorang penagih tegar ditahan selepas didapati membawa dadah jenis syabu di Kampung Titingan, di sini semalam.

Suspek warga asing berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Pondok Polis Kawasan (PPK) Titingan dan PPK Kinabutan, kira-kira jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan sedang berlegar-legar di kawasan kampung berkenaan.

Katanya, anggota polis bertindak menahan suspek terbabit untuk menjalankan pemeriksaan dokumentasi dan barang yang dibawa.

“Suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan, namun berjaya ditangkap semula.

“Hasil pemeriksaan, pihak Polis menemukan satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih di syaki dadah jenis syabu seberat 0.18 gram,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek turut positif dadah jenis syabu.

“Suspek terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sehubungan itu, Jasmin berkata, polis bersama agensi penguatkuasaan lain ketika ini dalam usaha mengesan rangkaian pengedaran dan penagih dadah di daerah ini.

“Ia adalah usaha berterusan dilakukan pihak polis bagi memutuskan rantaian bekalan sekali gus membendung gejala penagihan dadah di daerah ini.

“Justeru, saya ingin mengingatkan masyarakat bahawa mengedar, memiliki atau menyalahgunakan sebarang jenis dadah adalah satu kesalahan berat di sisi undang-undang di negara ini,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut