SETIAP HARI RASA TAK SABARNYA NAK KE TEMPAT KERJA!

Bila kerja jadi kegembiraan, bukan beban, setiap hari rasa penuh semangat dan berbunga-bunga.

Nak rasa lebih teruja untuk ke tempat kerja? Cuba 10 tip mudah ini:

  1. Bawa makanan untuk potluck – Tak sabar nak bawa masakan kegemaran untuk dikongsi dengan rakan sekerja. Makan bersama bukan saja kenyang, tapi eratkan hubungan!
  2. Hias meja dengan gaya yang anda suka – Gambar keluarga atau tanaman kecil boleh buat hari anda lebih ceria.
  3. Beri nota motivasi kepada rakan kerja – Pesanan ringkas boleh buat mereka senyum dan rasa dihargai. Bukan surat cinta atau skandal tempat kerja tau. No! No!
  4. Buat playlist pejabat – Muzik yang seronok boleh ubah mood tempat kerja.
  5. Adakan cabaran kecil – Siapa siapkan kerja paling kreatif? Jadikan kerja lebih menarik.
  6. Keluar minum kopi bersama – Ambil masa untuk rehat dan berbual ringan dengan rakan kerja.
  7. Bawa snek untuk dikongsi – Manisan kecil di waktu rehat boleh naikkan semangat.
  8. Cadangkan hari Dress Down kasual – Satu hari untuk berpakaian santai boleh buat suasana lebih relaks. Atau pakai baju warna atau tema sama.
  9. Buat aktiviti selepas kerja – Aktiviti riadah bersama seperti jogging boleh tingkatkan semangat dan kesihatan. Atau aktiviti riadah seperti jungle tracking, hiking serta menaiki ATV.
  10. Cuba sesuatu baru dalam kerja – Pelajari kemahiran baru atau ambil pendekatan kreatif untuk tugasan harian.

Bila kita tak sabar nak ke tempat kerja, setiap hari jadi penuh dengan peluang baru!

Sumber: Laman Facebook Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut