Kerajaan Negeri Kelantan telah menambah bilangan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebagai persiapan menghadapi kemungkinan banjir besar yang dijangka berlaku tahun ini.
Semua agensi pengurusan bencana telah diambil maklum melalui sesi taklimat.
Ini kerana berdasarkan pola kejadian sebelum ini, diramalkan bahawa banjir besar mungkin akan terjadi seperti yang berlaku pada tahun 2014.
Fasa peralihan monsun, yang bermula pada 24 September hingga November, dijangka membawa angin lemah dan meningkatkan risiko kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan.
Jabatan Meteorologi Malaysia turut memberi amaran tentang potensi banjir kilat, pokok tumbang, dan kerosakan struktur akibat cuaca yang tidak menentu.
Sumber: Sinar Harian