BENCANA BANJIR: JKM TERENGGANU SIAP SIAGA HADAPI BANJIR

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)Terengganu bersiap sedia untuk berdepan kemungkinan Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal berlaku tidak lama lagi. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri , Mazura Ngah Abdul Manan berkata, tahap kesiapsiagaan kini lebih 90 peratus dengan baki tugas yang lain akan diselesaikan sebelum akhir Oktober ini.

Menurutnya, seramai 686 petugas terdiri daripada 334 pegawai dan kakitangan, 11 pegawai psikologi, kaunselor dan 97 pasukan sokongan psikologi termasuk 244 sukarelawan juga sudah bersedia dan hanya menunggu masa untuk dipanggil. Barangan makanan dan keperluan lain seperti selimut, kain, tuala, tikar dan sabun akan mula dihantar dan diagihkan secara berperingkat ke 152 pangkalan hadapan seluruh negeri termasuk Pulau Redang dan Pulau Perhentian bagi mengelakkan berlakunya kelewatan bantuan.

Pasukan JKM juga telah bersedia dari segi fizikal dan mental terutama faktor ‘main power’ termasuk persiapan-persiapan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang terdapat di seluruh negeri. Bekalan dianggarkan mencukupi walaubagaimana sekiranya berlaku banjir diluar jangkaan, pihaknya akan membuat permohonan kepada kerajaan persekutuan dan negeri untuk membuat tambahan belian.

Menurutnya lagi, secara umumnya, JKM sudah membuat persediaan sebagai langkah menghadapi bencana dengan mengenalpasti dan menyediakan sebanyak 590 PPS yang boleh memuatkan seramai 147,590 mangsa membabitkan sekolah, balai raya dan dewan orang ramai.

Mengulas tentang cadangan pengunaan kod QR di PPS bagi melancarkan proses pendaftaran penduduk terjejas banjir di Terengganu, beliau berkata ia adalah pendekatan baru yang boleh dilaksanakan. Pelaksanaan kod QR di semua PPS yang dibuka memudahkan penyaluran maklumat dan bentuk bantuan yang disalurkan. Namun bagi di PPS yang menghadapi masalah terputus talian internet, pihak JKM tetap menggunakan pendaftaran secara manual.

Sumber: TRDi

Artikel/Berita Terkini

SK PAYA RUMPUT BAKAL TERIMA BANGUNAN BAHARU

Paya Rumput – Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput dijangka menerima peruntukan berjumlah RM26 juta bagi pembinaan bangunan baharu dalam masa …

KERAJAAN NEGERI PERUNTUK LEBIH RM200,000 UNTUK ANUGERAH SUKAN, INSENTIF ATLET

Bandaraya Melaka – Sejumlah RM213,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi Anugerah Sukan Negeri Melaka termasuk pemberian insentif kepada atlet. Ketua Menteri, …

ISU 40 PERATUS HASIL SABAH DIMUKTAMAD ESOK – PM

ANWAR TAWAU: Keputusan sama ada kerajaan akan memfailkan rayuan berhubung tuntutan pemulangan 40 peratus hasil Sabah dijangka dimuktamadkan dalam Mesyuarat …