BENCANA BANJIR: 796 PETUGAS JABATAN KESIHATAN SIAP SIAGA

Seramai 796 petugas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan digerakkan untuk membantu mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri pada musim Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Kasemani Embong berkata daripada jumlah itu, seramai 380 petugas akan mengendalikan aktiviti pencegahan di samping kawalan penyakit sebelum, semasa dan selepas banjir di PPS atau di kawasan yang terjejas banjir.

Setiap pasukan kesihatan tersebut terdiri daripada tiga petugas iaitu penolong pegawai kesihatan persekitaran, pembantu kesihatan awam dan pemandu. Manakala seramai 416 petugas lagi akan memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, rawatan dan rujukan jika berlaku sebarang kejadian kecemasan di PPS.

Mereka terdiri daripada pegawai perubatan, pembantu pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat dan pemandu yang sentiasa bersiap sedia apabila diarahkan dan apabila mengetahui ada PPS yang diaktifkan.

JKNT akan memastikan kesiapsiagaan menghadapi banjir di semua daerah dilakukan dengan teliti dan menyeluruh. Walaupun kes COVID-19 di Terengganu telah menunjukkan trend penurunan ketara dan sekarang kita berada di dalam fasa hidup bersama COVID-19, tetapi langkah-langkah pencegahan mestilah sentiasa dititikberatkan bagi membendung penularan COVID-19 di PPS.

Mangsa-mangsa banjir positif COVID-19 dan mereka yang bergejala respiratori digalakkan untuk sentiasa memakai pelitup muka terutama di kawasan banjir atau di PPS yang sesak. Tambahnya, selain kesiapsiagaan sumber manusia, kesiapsiagaan di lapangan dari aspek risiko fasiliti kesihatan, ubat-ubatan, alatan dan ambulans serta lain-lain logistik juga telah dibuat persediaan dengan terperinci.

Terdapat 43 fasiliti kesihatan pelbagai kategori (klinik desa, klinik pergigian, klinik kesihatan, hospital dan pejabat kesihatan) yang berisiko terlibat dengan banjir dan persiapan telah dibuat bagi menghadapi banjir termasuk pemindahan aset-aset kesihatan yang mungkin terlibat. Begitu juga pengurusan sajian iaitu penyediaan makanan untuk mangsa banjir di PPS mestilah bersih dan selamat untuk dimakan dan memastikan tidak berlaku penularan COVID-19 atau apa-apa penyakit di PPS.

Artikel/Berita Terkini

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut

“𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗘𝗦𝗦..?”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Dalam suasana …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗟𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗗𝗔𝗥

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut