AKSI ‘ORANG TERBANG’ TAWAN JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU

Peserta Paramotor yang mengambil bahagian dalam acara Terengganu International Paramotor Challenge 2024 (Friendly Match) melintasi jambatan ikonik Terengganu, Jambatan Angkat di Dataran Jambatan Angkat, Seberang Takir. Terengganu International Paramotor Challenge anjuran Persatuan Paramotor Jom Fly Malaysia disertai 26 peserta bertujuan memperkenalkan serta mempromosikan sukan udara tersebut kepada masyarakat terutamanya generasi muda.

Acara yang berlangsung selama tiga hari sejak Khamis lepas, menyaksikan dua kategori dipertandingkan iaitu ‘Trike Launch’ dan ‘Foot Launch’ dengan menawarkan hadiah bernilai RM1,500 bagi tempat pertama, RM500 (kedua) dan RM200 (ketiga).

Bagi Trike Launch, peluncur Hanizamal Abu Hanifah yang terkenal di media sosial sebagai Solo Ambush mengungguli tempat pertama dan membawa pulang pingat beserta hadiah wang tunai bernilai RM1,500.  Manakala, kategori Foot Launch pula dimenangi peluncur berusia 17 tahun, Muhammad Adib Humaidi Muhammad Alias yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan pingat.

Kerajaan negeri juga turut bercadang untuk menjadikan acara tersebut sebagai acara pelancongan sepanjang tahun untuk tahun hadapan.

 

 

 

 

 

 

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut