ORGAN IKAN HANCUR DIPERCAYAI HASIL TANGKAPAN MENGGUNAKAN BOM IKAN

HANCUR: Keadaan isi ikan yang hancur selepas ditangkap menggunakan kaedah bom ikan.

RAMPAS: Sebahagian daripada ikan yang dirampas di dalam bot yang ditinggalkan.

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan berjaya merampas bot pancing bersama 400 kilogram ikan pelbagai spesies dalam satu operasi rondaan bot Maritim berhampiran Pulau Sepanggar di sini dalam operasi yang dijalankan pada jam 8.30 malam Khamis.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot terbabit ditahan pada jarak kira-kira 0.17 batu nautika Timur Laut Pulau Sepanggar.

“Empat lelaki yang berada di atas bot bagaimanapun bertindak terjun ke laut dan berenang ke daratan berhampiran bagi mengelak daripada diperiksa sebaik menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan menemukan beberapa peralatan lain beserta pelbagai spesies ikan anggaran lebih kurang 400 kilogram yang dipercayai dibom,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal bagi sampel ikan yang terdapat di atas bot terbabit mendapati, organ dalaman ikan berkenaan hancur disyaki impak daripada aktiviti dibom.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot serta 400 kilogram ikan bom pelbagai jenis dianggarkan dalam RM50 ribu.

“Maritim Malaysia mengingatkan kepada mana-mana pihak yang melakukan aktiviti mengebom ikan bahawa memiliki ikan atau hasil laut yang ditangkap menggunakan bahan letupan adalah satu kesalahan yang sangat serius kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada ekosistem lautan dan mengakibatkan habitat hidupan laut semakin terjejas.

“Komuniti Maritim juga dinasihatkan tidak melakukan aktiviti menangkap ikan yang melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, sebarang kelakuan jenayah laut salurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Labuan di talian 088-387774 atau hubungi talian kecemasan 999.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut