PESARA GURU RUGI RM138,800 AKIBAT ‘PHONE SCAM’

Seorang pesara guru mengalami kerugian RM138,800 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon atau ‘phone scam’ pada 27 Ogos lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, wanita berusia 68 tahun itu dihubungi seorang wanita menyamar pegawai dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan mangsa telah membuat pendaftaran ubah suai meter elektrik di kawasan Kuantan, Pahang. Mangsa yang menafikan berbuat demikian kemudiannya disambungkan kepada ‘anggota polis’ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK Pahang). Penyamar polis itu memberitahu telah menjumpai 200 kad pengenalan di Taman Tas, Kuantan termasuk kad pengenalan milik mangsa.

Mangsa menafikan hal berkenaan dan panggilan disambungkan kepada seorang lagi penyamar Asistan Superintenden Datuk Yusri Hasan Basri untuk semakan kewangan sebelum mangsa diminta membuat pindahan wang ke dalam akaun bank untuk memastikan wang simpanan pengadu bersih dan tidak terlibat dengan pengubahan wang haram. Mangsa kemudiannya membuat pindahan wang secara berperingkat berjumlah keseluruhan RM138,800 ke dalam beberapa akaun.

Selepas pembayaran dibuat pengadu masih lagi diganggu supaya membuat bayaran tambahan bagi urusan dokumentasi. Mangsa rasa curiga lalu berhubung dengan IPK Pahang untuk menanyakan permasalahan ini dan IPK Pahang menyatakan bahawa mangsa telah ditipu dan memintanya membuat laporan polis. Mangsa membuat laporan polis semalam untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …