DITIPU AGENSI KERAJAAN PALSU, PEMILIK KATERING RUGI RM90,750

Polis menerima tiga laporan membabitkan penipuan tempahan katering menggunakan nama agensi kerajaan bulan lalu sehingga mangsa mengalami kerugian RM90,750. Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, sindiket ini akan menempah makanan dalam kuantiti yang banyak secara dalam talian dengan menyasarkan nama agensi kerajaan sebagai modus operandinya.

Mangsa merupakan pemilik perniagaan katering di sekitar Seremban dan telah berurusan melalui panggilan telefon yang di hubungi oleh individu yang tidak dikenali. Sindiket ini akan membuat tempahan makanan dan cenderahati dengan jumlah yang besar namun setelah persiapan dibuat serta semakan dengan agensi terlibat mendapati tempahan tersebut tidak wujud.  Sindiket ini kemudiannya berjanji untuk menguruskan cenderahati dan urusan berkenaan sehingga mendorong mangsa melakukan transaksi bayaran RM90,750 kerana percaya tempahan itu daripada agensi kerajaan. Kes seterusnya disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada sebarang permohonan tempahan makanan secara dalam talian. Lakukan semakan daripada agensi-agensi terlibat terlebih dahulu sebelum menjadi mangsa penipuan. Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut