BUKA KAUNTER WAKTU REHAT: TINGKAT KECEKAPAN, PERMUDAH URUSAN RAKYAT

Ayer Keroh – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka menyambut baik saranan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang meminta semua kaunter perkhidmatan di negeri ini kekal beroperasi pada waktu rehat.

Pengarah JPJ Negeri Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata, pihaknya telah mula melaksanakan pembukaan kaunter pada waktu rehat sejak tahun 2017 bagi memudahkan orang ramai.

Katanya, kaedah itu terbukti sangat membantu rakyat dalam pelbagai urusan tanpa perlu terkejar-kejar atau menunggu lama, selain ia juga meningkatkan kecekapan agensi dan jabatan kerajaan.

“Antara kaunter perkhidmatan JPJ yang sering dimanfaatkan orang ramai pada waktu rehat tengah hari adalah seperti urusan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).

“Pelaksanaan ini telah hampir tujuh tahun dilakukan JPJ untuk membantu mempermudahkan pelbagai urusan oleh orang ramai meskipun pada waktu rehat tengah hari.

“Ia juga termasuk pada perkhidmatan di mana-mana kaunter van bergerak JPJ Mobile yang telah dilancarkan beberapa tahun lalu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Muhammad Firdaus, selain perkhidmatan di kaunter, JPJ Melaka kini juga telah mengorak langkah dengan memperkasa perkhidmatan secara dalam talian (online).

“Ini bukan sahaja memudahkan orang ramai, tetapi ia juga lebih cepat dan selamat,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut