Kegembiraan konvoi penunggang motosikal RXZ dari Negeri Sembilan menuju ke Terengganu untuk menyertai RXZ Members 6.0 bertukar duka apabila menjadi mangsa penipuan scammer yang menawarkan penginapan di sebuah inap desa di sini.
Seorang peserta, Adli Ismail, 31, berkata, hasrat untuk berehat sebaik tiba di Terengganu setelah menempuh perjalanan yang panjang terbantut selepas mendapati rumah inap tersebut sudah didiami oleh penginap lain.
Rumah inap desa itu telah ditempah menerusi Facebook pada bulan lepas dan beliau telah membayar sejumlah RM1,800 untuk menginap selama 2 malam di rumah 2 tingkat yang besar dan luas memandangkan jumlah (konvoi) yang pergi adalah ramai melibatkan seramai 26 orang. Namun malangnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pada jam 12 tengah hari semalam, beliau mendapati rumah inap itu sudah didiami peserta RXZ Members lain.
“Setelah diselidiki, rupanya kami sudah ditipu oleh scammer yang menyamar menjadi pemilik rumah inap sebenar dengan menggunakan gambar rumah inap desa yang sememangnya wujud,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Adli berkata, dia dan rakan-rakannya reda dengan kejadian menimpa mereka selain tidak bercadang untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Perkara yang berlaku kami anggap sebagai dugaan dan pengalaman bercuti selain ia bukanlah pengakhiran sebagai ‘budak motor’. Kami reda serta niatkan sedekah kepada scammer itu.
Sumber petikan: Sinar Harian, Sabtu, 14 September 2024
- Gunakan Platform Tempahan yang Sah
Tempahlah melalui platform yang diiktiraf dan dipercayai. Elakkan daripada membuat pembayaran terus kepada pemilik tanpa menggunakan platform tempahan yang mempunyai polisi perlindungan pelanggan.
- Periksa Maklumat Pemilik dan Inap Desa
Sebelum menempah, pastikan maklumat pemilik serta lokasi rumah inap desa adalah jelas dan lengkap. Hubungi pemilik untuk memastikan segala maklumat adalah benar.
- Jangan Bayar Sebelum Melihat Pengesahan dan Bukti
Pastikan anda menerima bukti tempahan dan pengesahan melalui emel atau mesej yang sah sebelum membuat sebarang pembayaran. Jika diminta untuk membayar secara tunai atau melalui kaedah pembayaran yang mencurigakan, berhati-hatilah.
- Gunakan Kaedah Pembayaran Yang Selamat
Pilih kaedah pembayaran yang selamat seperti kad kredit atau platform tempahan dalam talian yang mempunyai kaedah wang dikembalikan sekiranya berlaku penipuan.
Dengan langkah-langkah ini, anda dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam semasa menempah rumah inap desa.
Sehubungan dengan itu, di sini dikongsikan beberapa peringatan agar orang ramai berhati-hati dan tidak terjebak dalam scam ketika memesan rumah inap desa (homestay):
- Semak Reputasi dan Ulasan
Pastikan anda menyemak ulasan daripada tetamu terdahulu di platform yang dipercayai seperti Google Reviews, Airbnb atau laman rasmi inap desa. Ulasan yang negatif atau tiada ulasan langsung mungkin petanda scam.
- Berwaspada dengan Tawaran Harga Terlalu Murah
Jika harga yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding inap desa lain di kawasan yang sama, ini mungkin helah untuk menarik mangsa. Harga terlalu rendah boleh menjadi tanda amaran.