KAEDAH PENGGANTIAN TANAH UNTUK MENINGKATKAN KEKUATAN STRUKTUR TANAH DI KAWASAN TANAH JERLUS

Pasir jerlus merupakan koloid hidrogel yang mengandungi bahan yang berbutir halus (seperti pasir atau kelodak), tanah liat dan air masin.

Pasir jerlus ialah bendalir bukan-Newton apabila tidak diganggu ia selalunya muncul sebagai pepejal (seperti “gel”) tetapi gangguan kecil (kurang daripada 1%) akan mengubah tekanan pasir jerlus dan menyebabkan penurunan kelikatannya.

Pasir jerlus terjadi apabila air membasahi kawasan di mana keadaan pasir agak longgar sehinggakan pasir tersebut bergerak-gerak. Semasa air itu terperangkap dalam kumpulan pasir tersebut, ia membentuk pasir cair yang tidak mampu menampung berat lagi.

Terdapat dua situasi yang memungkinkan pasir jerlus berlaku iaitu:

 

KAWASAN YANG TERDEDAH KEPADA PASIR JERLUS

KETERANGAN
Air bawah tanah yang mengalir

Tarikan air yang mengalir ke atas yang melawan tarikan graviti menyebabkan butir-butir pasir untuk menjadi lebih mengapung.

Gempa bumi

Tarikan tanah yang bergegar boleh meningkatkan tekanan air bawah tanah yang cetek di mana pasir dan kelodak yang mencair menjadi mendap. Permukaan yang mencair tersebut hilang kekuatannya menyebabkan bangunan dan objek lain atas permukaan tersebut tenggelam atau mendap ke bawah.

Pasir jerlus biasanya terjadi di kawasan yang agak lemah tanahnya seperti mata air, sepanjang tebing sungai, sekitar tasik, kawasan paya atau di persisiran pantai.

Kekerasan struktur lapisan keras tanah jerlus sangat berkait kepada dua faktor utama iaitu peratus kandungan air dan nilai ketumpatan pukal tanih. Takungan dan lopak air pada lapisan atas tanah jerlus yang disebabkan kandungan air yang tinggi menyebabkannya tanah sukar dikeringkan sehingga lapisan keras (hardpan) tidak boleh dibentuk.

Nilai ketumpatan pukal bagi tanah jerlus juga didapati rendah pada lapisan lembut dan meningkat pada lapisan yang lebih padat. Tanah jerlus mempunyai nilai kestabilan agregat yang rendah, terutama pada Plot A dan C iaitu kurang daripada 20%, oleh itu ia dianggap tanih yang tidak stabil. Hasil kajian mendapati nilai ketabilan agregat sangat dipengaruhi oleh kandungan bahan organik dalam tanah, penambahan bahan organik dapat meningkatkan proses flokulasi atau pembentukan agregat yang stabil pada tanah di kawasan kajian.

Berdasarkan pengkelasan hardpan tanah, tanah jerlus dikelaskan dalam kelas sederhana lembut yang dicirikan dengan nilai kekerasan tanah iaitu kurang daripada 0.40 MPa, Plot A dan Plot C menunjukkan nilai kekerasan tanah paling rendah iaitu 0.23 dan 0.24 MPa, diikuti oleh Plot B (0.31 MPa) dan D (0.34 MPa), pada keadaan ini penggunaan mekanisasi ladang tidak dapat dijalankan kerana struktur tanah tersebut tidak dapat menampung beban jentera yang berat.

Struktur lapisan tanah keras (hardpan) di kawasan tanah jerlus mempunyai  nilai  kekuatan  kurang daripada  0.3  Mpa.  Keadaan ini menyebabkan  penggunaan  mekanisasi  ladang  secara  maksimum  di sawah padi tidak dapat dijalankan kerana struktur tanah itu tidak dapat menampung beban jentera yang berat.

Untuk mengatasi masalah ini, salah satu kaedah yang telah dikenal pasti ialah kaedah penggantian tanah yang digunakan bertujuan untuk memulihkan  semula  lapisan hardpan yang  telah  rosak  akibat daripada  masalah  air  yang  bertakung.  Ini dilakukan  bertujuan  untuk  menguji  kaedah penggantian  tanah  bagi  mengatasi  masalah  tanah jerlus.

Perlu dikorek lapisan atas tanah dan digantikan dengan tanah yang lain.  Setelah dimampatkan, bacaan kekerasan hardpan diambil dari semasa ke semasa. Ini adalah cara yang amat sesuai dilakukan bagi mengkaji kekuatan struktur tanah di kawasan tanah jerlus.

https://journals.utm.my/jurnalteknologi/article/view/3536/2665

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut