SITUASI SEMASA KES MALARIA NEGERI TERENGGANU SEHINGGA MINGGU EPID 36/2024

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah melaporkan situasi semasa kes malaria di negeri Terengganu sehingga ME 35 2024. Dilaporkan sebanyak 30 kes dilaporkan berbanding sebanyak 52 kes bagi tempoh yang sama bagi tahun 2023 menunjukkan penurunan sebanyak 42.3 %.

Namun begitu, langkah pencegahan perlu diambil serius bagi mengelakkan jangkitan malaria. Sebagai langkah pencegahan terutama bagi penduduk di kawasan hutan dan pinggir hutan, mereka dinasihatkan agar memakai pakaian yang melindungi keseluruhan badan daripada gigitan nyamuk, menggunakan ubat penghalau nyamuk dan mengelak berada di luar rumah pada waktu malam.

Orang ramai juga perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala malaria seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan.

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …