DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan penguatkuasaan Ops Patuh sempena musim cuti sekolah dan cuti Maulidur Rasul serta sambutan Hari Malaysia. Penguatkuasaan bermula jam 12.00 malam hingga 7.00 pagi, di Plaza Tol Juru dan Tol Sungai Dua.
Penguatkuasaan ini bertujuan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 (Akta 715) serta memastikan kenderaan selamat digunakan di jalanraya.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang