JAS AMBIL SAMPEL SUNGAI SEKAH, LOJI KUMBAHAN DISYAKI TERCEMAR

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengambil sampel air di Sungai Sekah dan sebuah loji sisa kumbahan selepas disyaki menyebabkan pencemaran sungai di Nilai.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, S Veerapan, pihaknya menerima aduan mengenai keadaan sungai yang berbau dan berwarna hitam pada 8 September lalu. Beliau dimaklumkan bahawa siasatan awal mendapati keadaan sungai telah lama berwarna hitam dan berbau.

Berikutan itu dua sampel diambil iaitu satu botol plastik berisipadu satu liter untuk analisis BOD5 dan Nitrate manakala sampel kedua juga isipadu sama bagi analisis COD dan Ammoniacal Nitrogen. Pasukan Badan Kawal Selia Air (BKSA) turut mendapat maklumat mengenai sebuah loji disyaki mengeluarkan sisa kumbahan yang kemungkinan menjadi punca pencemaran berkenaan. JAS telah memasuki loji rawatan kumbahan SEN 416 pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari bersama wakil Indah Water Consortium (IWK).

Menerusi siasatan ini, dua sampel diambil di takat pelepasan akhir loji berkenaan untuk tujuan pemantauan iaitu satu botol plastik satu liter untuk analisis BOD5 dan Nitrate, manakala sampel kedua ialah sebotol plastik satu liter untuk analisais COD dan Ammoniacal Nitrogen. Kesemua sampel dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia pada 10 September lalu untuk pengesahan serta tindakan selanjutnya.

JAS mengarahkan pihak IWK melakukan penambahbaikan segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Semua pihak bertanggungjawab menjaga kelestarian alam termasuk kualiti sungai yang merupakan punca perkhidmatan air, dan tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak didapati bersalah atau melanggar pematuhan ditetapkan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut