BOM LAMA DITEMUI DI LADANG SAWIT

Objek menyerupai bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) ditemui di sebuah ladang sawit di Jalan Batu Belang di sini pada Isnin. Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 8.42 pagi.

Hasil dari maklumat tersebut sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin telah pergi ke lokasi kejadian dan telah memasang tali rintangan polis bagi memastikan kawasan tersebut adalah kawasan larangan dan bahaya. Unit pemusnah bom Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan juga telah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan awal mendapati bom berkenaan adalah dari jenis mortar 81mm berukuran 36 sentimeter panjang. Tindakan pemusnahan telah dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom IPK Negeri Sembilan dan Unit Pemusnah Bom IPD Tampin pada jam 11.51 pagi.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut