PENJENAYAH TERTINGGAL ALATAN PECAH MASUK SURAU

Cubaan memecah tabung utama surau tidak kesampaian, bahkan tertinggal pula alatan untuk tujuan jenayah tersebut di sebuah surau dekat Taman Seremban Jaya di sini pada Ahad. Penjenayah berkenaan bagaimanapun hanya sempat melarikan wang tunai lebih kurang RM200 di dua tabung lain di lokasi sama.

Menurut Pengerusi surau berkenaan, Mohd Rafi Mohd Baharin, kejadian itu dipercayai berlaku sebelum solat Zuhur dan disedari Imam 1 surau kira-kira jam 12.50 tengah hari. Sebaik diberitahu ahli jawatankuasa surau bergegas ke surau dan mendapati dua tabung yang diletakkan di ruangan solat wanita telah dipecah selain duit syiling bertaburan. Wang kertas dengan anggaran RM100 hingga RM200 telah dibawa lari selain terdapat kesan umpil di pintu utama, tabung dan almari.

Berikutan itu satu laporan polis telah dibuat agar tindakan lanjut dapat dilakukan oleh pihak berkenaan sekali gus menangkap pelakunya. Dalam pada itu, Gunasekaren berkata, pihaknya akan membekalkan kamera litar tertutup (CCTV) di surau berkenaan berikutan CCTV sebelum ini telah rosak. Pihaknya juga telah membuat permohonan kepada pihak polis supaya rondaan secara berkala dapat dilakukan di lokasi agar kejadian sama tidak berulang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut