KEPELBAGAIAN BUDAYA HARUS DIRAIKAN BERSAMA

RASMI: Hajiji diiringi Frankie (lima kiri) menyempurnakan gimik perasmian dengan memotong kuih bulan (Moon Cake) sempena Pesta Tanglung Tuaran 2024.

TUARAN: Kepelbagaian budaya yang ada di Sabah perlu terus diraikan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kepelbagaian dalam aspek budaya seperti sambutan Pesta Tanglung antara yang telah menjadikan rakyat di negeri ini hidup bersatu padu dan aman.

“Inilah keunikan dan kehebatan Sabah yang menjadi contoh kepada negeri lain. Kita mempunyai pelbagai perayaan yang kita raikan bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya berasa bangga kerana Lions Club Tuaran telah menganjurkan pesta yang  cukup hebat dan berharap perayaan yang diwarisi sejak nenek moyang ini akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan sambutan Pesta Tanglung Tuaran di Padang Astaka Tuaran, di sini pada Sabtu malam.

Dalam pada itu, beliau turut berharap rakyat akan terus menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus untuk terus membangunkan negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri hari ini akan terus membawa pembangunan kerana ini adalah tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik kepada rakyat.

“Justeru, saya berharap rakyat negeri ini tidak mudah percaya atau terpengaruh dengan fitnah yang dibawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya, banyak yang telah kita lakukan selepas pandemik COVID-19.

“Kita telah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negeri ini.

‘Bukan itu saja, malah dalam aspek lain termasuk pendidikan dan modal insan yang menjadi antara fokus utama kerajaan negeri.

“Kita tahu memang ada masalah yang dihadapi termasuk yang diwarisi daripada penerintahan terdahulu seperti air.

“Tetapi kerajaan hari ini akan terus melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah berkenaan. Apa yang penting sokongan daripada rakyat agar Sabah terus maju jaya dalam Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan telah dan akan terus melaksanakan lebih banyak pembangunan dan projek yang menberi manfaat dan kemudahan kepada rakyat negeri ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Presiden Lions Club Tuaran merangkap Pengerusi Penganjur Kapitan Frankie Goh.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …