400 WARGA BINGKOR MERIAHKAN PROGRAM KOMUNITI JIWA MERDEKA

KENINGAU (7 September): Penganjuran Program Komuniti Jiwa Merdeka Daerah Keningau telah menarik penyertaan seramai 400 warga setempat. Dewan Tamuan Aki Tingadon, Bingkor telah dipilih sebagai lokasi program yang diselaraskan oleh Pejabat Wilayah Kota Kinabalu, MKN Negeri Sabah pada kali ini.

Program ini bermatlamat untuk menyantuni serta menanam sikap patriotisme di kalangan masyarakat setempat. Pendekatan program melalui sesi interaktif dan turun padang ini dilihat sebagai wadah komunikasi berkesan dalam menyampaikan maklumat secara terus kepada rakyat.

Pengisian program pada kali ini melibatkan taklimat Dasar Keselamatan Negara (DKN), taklimat agensi keselamatan, pertandingan mewarna, pertandingan content dan gambar kreatif, senamrobik komuniti, pameran agensi keselamatan dan Adabi serta sukan komuniti seperti pertandingan tarik tali, sling shot, bulldozer game dan lain-lain.

YB Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN N.40 Bingkor telah menyempurnakan perasmian program dengan kehadiran YBrs. Encik Amir Shah bin Mohd Noor, Ketua Pejabat Wilayah Kota Kinabalu mewakili Pengarah Keselamatan Negeri Sabah serta barisan ketua jabatan dan pemimpin setempat. YB Datuk Robert juga telah sudi meluangkan masa untuk bersama para peserta sehingga tamat program dan turut meninjau beberapa aktiviti serta pameran yang dijalankan.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada YB ADUN N.40 Bingkor serta semua agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama strategik ini dapat diteruskan di masa hadapan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …