3 RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI SEMPORNA

SEMPORNA: Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit 3, Jalan Kabogan, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Penolong Penguasa Bomba, Mazlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.44 petang tadi.

Katanya, sebuah jentera dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Dilaporkan kebakaran membabitkan tiga buah rumah terbakar sepenuhnya.

“Api berjaya dikawal jam 3.34 petang dan dipadam sepenuhnya jam 6.05 petang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Kampung Bukit 3, Jalan Kabogan, Semporna. – Foto/Bomba

Menurutnya, operasi pemadaman turut dibantu oleh water tanker Jabatan Bekalan Air.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

Sumber:  INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut