PASUKAN TINDAK BALAS KECEMASAN JPKK BERI BANTUAN AWAL DI LOKASI BENCANA

Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif dalam menangani bencana dengan menubuhkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) membabitkan ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pasukan yang dianggotai penduduk setempat di sesebuah kampung atau perumahan akan berperanan memberi bantuan awal sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi bencana. Setakat ini anggota pasukan daripada 51 kampung telah diberikan latihan asas menyelamat oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mereka adalah kumpulan awal yang terlatih dan berkemahiran dalam aktiviti pengurusan bencana yang dapat memberi tindak balas pertama secara cekap apabila kejadian sebegitu berlaku di kawasan kampung atau kediaman. Melalui pasukan ini, pihaknya berharap bukan saja akan dapat membantu menyelamatkan mangsa malah harta benda.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut