JPJ MELAKA BUKA PELUANG SEKOLAH BEKERJASAMA TINGKATKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

REMBIA 4 September – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka membuka peluang kepada mana-mana sekolah di negeri ini untuk bekerjasama bagi memberi kesedaran terhadap isu keselamatan jalan raya.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, pihaknya komited memperluaskan anjuran Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Pemeriksaan Motosikal di setiap daerah di negeri ini supaya hasrat menurunkan kadar kemalangan jalan raya dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan.

Menurutnya, setakat tahun lalu sebanyak 10 buah sekolah telah terlibat dalam program terbabit dan menyasarkan kira-kira 15 buah sekolah selepas ia diteruskan pada tahun ini.

“Kita membuka peluang ini kepada mana-mana sekolah dalam usaha kita membantu meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar.

“Pihak sekolah boleh memaklumkan kepada JPJ Melaka melalui Unit Keselamatan Jalan Raya untuk kita bersama merancang dan menetapkan masa bersesuaian untuk dianjurkan di sekolah.

“Alhamdulillah, menerusi advokasi yang telah dilaksanakan sebelum ini ia telah banyak menyuntik kesedaran dalam kalangan pelajar dan menerima pelbagai maklum balas positif daripada pihak sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program itu diadakan di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ujarnya, kesedaran itu perlu diperluaskan berikutan sebanyak 14 kemalangan jalan raya dicatatkan membabitkan pelajar sekolah sepanjang Januari hingga Julai tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak empat kemalangan maut dilaporkan melibatkan pelajar sekolah.

“Dalam advokasi ini kita akan mengadakan kelas-kelas keselamatan jalan raya untuk mendedahkan mereka berkaitan isu keselamatan yang sering dihadapai oleh pelajar terutama yang membawa kenderaan ke sekolah.

“Pelbagai kesalahan dapat dikenalpasti menerusi pemeriksaan dijalankan seperti pengubahsuaian ekzos motosikal, cukai jalan, perlesanan serta pelbagai lagi,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut