MASLAN DILANTIK KETUA POLIS DAERAH PORT DICKSON BAHARU

Superintenden Maslan Udin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Port Dickson yang baharu bagi menggantikan Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Putrajaya. Beliau sebelum ini merupakan Ketua Polis Daerah Jelebu secara rasminya memulakan tugasnya pada Isnin.

Maslan dalam satu kenyataan di Facebooknya mengucapkan penghargaan dan terima kasihnya kepada warga Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu sepanjang tempoh empat tahun empat bulan beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Jelebu

Maslan menyertai polis pada 1995 dan pernah bertugas antaranya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan. Berikutan itu, Asisten Superintenden Goh Kay Lun yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu memangku tugas sebagai Ketua Polis Daerah.Majlis terima tugas berkenaan berlangsung di IPK Negeri Sembilan pada Isnin disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan,Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut