PERMATANG DUYONG JADI HAB PENDIDIKAN

AYER KEROH 2 September – Kawasan Permatang Duyong akan dijadikan sebagai hab pendidikan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, kata Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong berkata, pembangunan istitusi pendidikan di kawasan berkenaan bukan sahaja memudahkan penduduk, bahkan dapat memacu masa depan lebih baik di kawasan pinggir bandar itu.

“Dari segi pembangunan di Duyong ini secara dasarnya saya mewarisi kawasan yang telah diuruskan dengan baik pentadbiran sebelum ini, saya hanya menambah baik dan melengkapkan apa yang tidak sempat dilengkapkan.

“Kita sedang kejarkan pelan pembinaan Sekolah Kebangsaan Seri Duyong 2 yang baharu dan pusat pendidikan khas di kawasan ini, tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) juga pun kita akan bawa di sini.

“Selepas ini kawasan Permatang Duyong ini akan dijadikan hab pendidikan, pada masa sama kita sedang usahakan penyuraian trafik di kawasan lembah duyong bermula di Bukit Duyong hingga Taman Seri Duyong,” katanya ketika bersiaran di Podcast ‘Mana Lagi, Melaka Ler’, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd Noor Helmy berkata pihaknya juga sedang berusaha untuk membina sebuah klinik kesihatan yang baharu di Duyong bagi memudahkan 28,000 penduduk di kawasan itu.

“Penduduk di sini hanya menumpang di Klinik Kesihatan Ayer Molek, Klinik Kesihatan Ujong Pasir, Klinik Kesihatan Peringgit dan di Hospital Melaka.

“Memang kita sedang usahakannya dan sekarang dalam peringkat proses pengambilan tanah, apabila sudah lengkap ia akan masuk dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Lokasinya belakang Japerun Duyong sahaja dan kita sudah buat beberapa perbincangan untuk membuka pusat dialisis di jajaran yang sama,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut