PEKERJA FERI DIKHUATIRI LEMAS SELEPAS JATUH SUNGAI

                    JATUH: Lokasi sungai dipercayai mangsa terjatuh dan hilang.

KINABATANGAN: Seorang pekerja feri mengangkut dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di kawasan sebuah estate di sini, pagi tadi.

Mangsa lelaki berusia 45 tahun itu dikatakan terjatuh dari feri berkenaan ketika menyeberangi sungai, pada jam 9.55 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, , pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.22 petang.

Katanya, seramai empat anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Hasil maklumat pengadu, mangsa dipercayai terjatuh dari feri mengangkut barang ketika menyeberangi Sungai berkenaan.

“Pasukan bomba segera menjalankan operasi SAR sejauh tiga kilometer di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa masih belum ditemukan dan operasi ditangguhkan pada jam 5.30 petang atas faktor cuaca.

“Operasi akan disambung semula pada esok pagi dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …