NELAYAN MENUA: ‘ADAKAH SEKTOR PERIKANAN NEGARA AKAN DIMONOPOLI WARGA ASING’

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mahu golongan belia menceburi sektor perikanan sebagai nelayan moden. Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata pembabitan golongan belia sebagai nelayan muda dan moden adalah sangat penting kepada sektor perikanan negara bagi memastikan kelestarian sekuriti makanan di Malaysia. Kementerian akan terus menyokong usaha murni ini agar profesion nelayan tidak dianggap sebagai kerja 3D (kotor, bahaya dan sukar), sebaliknya suatu kerjaya yang dapat memberi peluang pekerjaan kepada belia serta mendatangkan pulangan hasil lumayan. Negara kita tidak mahu suatu hari nanti, sektor perikanan negara dimonopoli oleh warga asing. Dalam pada itu, statistik juga menunjukkan data di mana  negara kita sedang mengalami trend nelayan serta petani yang menua.

Mengulas lanjut, Arthur memaklumkan bahawa melalui pusat bertauliah bawah KPKM, terdapat tiga institusi menawarkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berasaskan industri perikanan, iaitu Kolej Pertanian Malaysia (KPM) di Kedah, Kolej Perikanan Sultan Nazrin Shah (KPSN) di Perak serta Akademi Perikanan Malaysia (APM) di Terengganu. Selain penyediaan kemudahan-kemudahan termasuk yuran percuma, elaun makan dan penginapan percuma, pelatih juga didedahkan kepada pelbagai teknologi moden yang memberi banyak faedah seperti penggunaan simulator pemanduan bot nelayan serta perisian Virtual Reality (VR) aktiviti penangkapan ikan.

Seterusnya, Arthur berkata, KPKM memberi jaminan akan menjaga kebajikan nelayan sekiranya terjejas dengan fenomena Monsun Barat Daya. KPKM akan usahakan jika nelayan terjejas, dengan menyediakan bantuan daripada tabung bencana dan sebagainya, bagi memastikan golongan itu memperoleh pendapatan untuk meneruskan operasi perikanan mereka. Nelayan merupakan penyumbang penting dalam memajukan sektor perikanan negara dan pada masa sama, turut memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi serta terjamin. Kerajaan masih meneruskan skim subsidi bahan api kepada nelayan. Justeru, pihaknya berharap nelayan dapat memanfaatkan subsidi itu dengan baik dan telus tanpa menjual kembali kepada pihak tidak bertanggungjawab.

 

Sumber: Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut