π—¦π—˜π— π—•π—”π—‘π—š π—¦π—”π—‘π—§π—”π—œ π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Kempen keselamatan jalan raya terus dipergiatkan melalui medium sembang santai yang telah diadakan bersama warga kerja Panasonic Automative Systems Malaysia Sdn. Bhd. Program seumpama ini bertujuan memberi pendedahan dan penekanan berkaitan tingkah laku pemandu serta kefahaman tentang betapa pentingnya aspek keselamatan kepada pemandu dan penunggang sekaligus dapat membudayakan pemanduan berhemah dan selamat di kalangan penunggang motosikal dan pemandu kereta khususnya semasa perjalanan pergi dan balik dari kerja.

Sembang santai ini juga menekankan kepentingan memakai topi keledar yang mendapat pensijilan daripada SIRIM dan beberapa tips keselamatan pemanduan defensif turut dikongsi oleh penceramah.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut