WANITA BERUSIA 85 TAHUN HILANG LEBIH RM1 JUTA DITIPU SINDIKET PENIPUAN PELABURAN

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun kerugian lebih RM1 juta selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan menerusi telefon bimbit yang menggunakan nama bank tertentu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suri rumah itu mendakwa menerima panggilan telefon dari aeorang individu yang mendakwa sebagai pegawai bank dan menawarkan pelaburan simpanan tetap dengan kadar dividen 4.8 peratus setahun.

“Terpedaya dengan dengan tawaran itu, mangsa diarahkan untuk memindahkan kesemua wang miliknya ke dua akaun atas namanya sendiri dengan nilai keseluruhan RM1,372,886.45.

“Pengadu kemudian diarahkan untuk mengaktifkan perbankan Internet bagi kedua-dua akaun bank tersebut dan memberikan akses kepada sindiket kononnya bagi pengurusan wang pelaburan. Dia hanya menyedari ditipu selepas mendapati semua wang tersebut hilang dari akaunnya,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Ramli berkata, pada masa ini siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Dalam kes-kes penipuan menerusi panggilan telefon, taktik yang kerap digunakan adalah dengan menyamar sebagai pegawai bank, polis dan pihak mahkamah. Bagi tujuan menakutkan mangsa, panggilan juga konon akan dipindahkan dari satu agensi ke agensi lain untuk tujuan siasatan dan sebagainya.

“Adalah dimaklumkan bahawa pindahan panggilan antara agensi sebagaimana yang berlaku dalam kes-kes phone scam bukanlah cara kerja agensi kerajaan kerana mana-mana agensi kerajaan tidak akan memindahkan panggilan ke agensi lain sewenang-wenangnya,” katanya.

Katanya, justeru sekiranya menerima panggilan yang meragukan dan dipindahkan dari satu agensi ke agensi lain, ketahuilah yang ia adalah penipuan. Tamatkanlah perbualan atau panggilan bagi mengelak menjadi mangsa.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut